Siapa Tuhan Kamu

Siapakah Tuhanmu?

Lepaskan diri dari Penjara Besar

Dunia ini adalah penjara besar tanpa besi penghalang. Semua manusia di dunia hidup seperti tahanan yang telah menerima hukuman mati.

Pada mulanya, Tuhan menciptakan manusia yang hidup selama-lamanya. Tetapi malangnya, dosa telah masuk ke dunia melalui manusia dan maut datang kepada semua manusia.

Walau bagaimanapun, Tuhan yang maha mengasihi menghantar anak-Nya yang tunggal, Yesus Kristus ke dunia untuk membawa penyelamatan kepada semua orang berdosa. Yesus Kristus disalibkan dan mati untuk kita. Dia yang tanpa dosa menaggung semua dosa-dosa umat manusia dan telah dihukum.

Tetapi selepas tiga hari, Yesus Kristus dibangkitkan dari kematian dan menghapuskan maut.

Kematian-Nya pada salib dan kebangkitan dari kubur adalah fakta sejarah. Tanpa mengira kepercayaan peribadi, sama ada anda percaya kepada Yesus Kristus atau tidak, kematian-Nya pada salib dan kebangkitan-Nya adalah peristiwa sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Sekiranya Yesus masih berada di kubur selepas Dia mati di salib, Dia akan menjadi manusia biasa dan seorang tawanan seperti kita.

Tetapi kerana kebangkitan, Yesus Kristus telah membuat jalan keluar di penjara besar ini. Dia membuat jalan hidup ke syurga, yang mana semua orang berdosa dapat mengikuti setelah dipisahkan dari dunia yang penuh dosa ini.

Oleh itu, kita mempunyai harapan hidup melalui kebangkitan Yesus Kristus yang telah menghapuskan maut. Walaupun kita akan mati di masa hadapan dan badan kita akan rosak, roh kita akan hidup selama-lamanya di syurga. Ini adalah berita baik. Ini adalah kebenaran.

Jadi akuilah bahawa Yesus adalah Tuhan dan Penyelamat anda, dan percaya bahawa Dia telah mati untuk dosa-dosa anda dan telah dibangkitkan dari antara orang mati. Serahkan hidup anda kepada Yesus Kristus.

Anda tidak perlu meneruskan kehidupan anda seperti sebelumnya. Bertaubatlah dari semua dosa-dosa anda – berbohong, tamak, keangkuhan, cemburu, kebencian, fitnah, kejahatan seksual, kemalasan, mementingkan diri sendiri, kecanduan, mabuk, perbuatan songsang, tidak taat kepada orang tua, penyembahan berhala.

Tuhan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang menyesali dosa-doanya dan berlutut pada Yesus Kristus dengan perasaan rendah diri.

Sekarang buka hati anda dan percayalah kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat anda. Orang yang bertaubat dan diampuni oleh darah-Nya di salib akan mengikuti Yesus Kristus sepenuh hati serta menerima penyelamatan dan kehidupan kekal.

Apabila hari terakhir datang, Tuhan akan bertanya kepada anda:

"Siapakah Tuhanmu?


"dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan membebaskan kamu." (Yohanes 8:32)

Berdoalah pada Yesus untuk Menjadi Tuhanmu

Tuhan Syurgawi, saya telah menjalani hidup saya seolah-olah saya adalah Tuhan. Walau bagaimanapun, hari ini saya menyedari bahawa saya tidak sepatutnya menjalani hidup saya berdasarkan kehendak saya. Pada masa ini, saya bertaubat dari semua dosa saya dan menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Penyelamat saya.

Mulai sekarang, saya tidak akan menderhaka kepada Tuhanku dan mengikut-Nya dengan sepenuh hati. Tuhan Syurgawi, hantarlah Roh Kudus yang lemah lembut kepada saya.

Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Yesus Kristus?

Jika ya, dapatkan bantuan daripada orang Kristian yang setia dan baca Alkitab.

Jika anda suka surat ini, edarkan salinan kepada orang lain secara peribadi atau hantar melalui e-mel. Terdapat fail PDF dan JPEG yang diterjemahkan dalam banyak bahasa di laman web.